Explore more publications!

Cloudera Memajukan Akses Data Bersatu dan Tadbir Urus dengan Persekutuan dan Garisan Keturunan Dikuasakan AI

Dengan integrasi Trino, Cloudera SDX dan Cloudera Octopai Data Lineage, Cloudera memperlengkapkan perusahaan dengan akses dan kawalan data yang lancar di mana sahaja, mengautomasi aliran kerja serta meningkatkan kecekapan

SANTA CLARA, Calif., Nov. 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membawa AI kepada data di mana sahaja, hari ini mengumumkan kemas kini besar pada platformnya yang mengintegrasikan Trino, Cloudera Shared Data Experience (SDX), dan Cloudera Octopai Data Lineage bagi menyampaikan akses data bersatu, kawalan, tadbir urus yang lebih pintar serta perkaitan data merentasi keseluruhan ekosistem data. Dengan kuasa automasi dan kecerdasan yang dipacu AI, perusahaan kini boleh menemui, mentadbir dan mengakses semua data mereka dengan lancar, tanpa mengira lokasi penyimpanan.

Ketika perusahaan mempercepat inisiatif AI mereka, kebolehaksesan data masih menjadi halangan besar untuk mencapai kejayaan. Menurut satu tinjauan terkini, hanya 9% pemimpin IT melaporkan bahawa semua data organisasi mereka boleh diakses, dengan hanya 38% mengatakan bahawa sebahagian besar data mereka boleh digunakan untuk AI. Bagi kebanyakan organisasi, data sering terperangkap dalam sistem berasingan dengan tadbir urus dan dasar keselamatan yang berpecah-belah. Kemas kini ini memperkasakan organisasi untuk menyatukan silo data, membolehkan akses layan diri dengan selamat serta mengautomasi aliran kerja tadbir urus bagi meningkatkan kecekapan dan kepercayaan terhadap data mereka tanpa perlu memindahkan data tersebut. Dengan keupayaan persekutuan Trino, perusahaan boleh membuat pertanyaan keatas data teragih dengan selamat menggunakan antara muka bahasa semula jadi dan kuasa enjin yang paling hampir dengan data. Pada masa yang sama, tadbir urus berpusat Cloudera membantu memastikan kawalan akses dan pematuhan yang konsisten merentasi semua persekitaran.

Dibina dengan AI sebagai teras, platform Cloudera mengautomasi operasi rangka data, termasuk semakan kualiti data, pengelasan dan pemprofilan. Ia juga menyediakan akses bahasa semula jadi kepada data perusahaan, mendemokrasikan penggunaan data merentasi pasukan teknikal dan bukan teknikal. Dengan kemas kini ini, pelanggan Cloudera boleh menggunakan Trino di pusat data atau awan awam serta memfederasikan data merentasi pelbagai sistem menggunakan penyambung yang diperakui. Integrasi dengan SDX menyatukan metadata dan kawalan akses, memudahkan pengurusan serta membolehkan akses data layan diri yang selamat. Dengan menyatukan metadata, kawalan akses, tadbir urus dan keselamatan merentasi keseluruhan perusahaan, Cloudera menyediakan satu titik hujung yang selamat untuk mengakses semua data—merentasi pelbagai enjin, awan serta persekitaran di premis—tanpa menduplikasi dasar keselamatan atau akses. Selain itu, Cloudera Octopai Data Lineage menjejak perjalanan data dari hujung ke hujung, memberikan ketelusan dan kepercayaan bagi semua transformasi data, termasuk data yang berasal dari luar ekosistem Cloudera.

Melalui seni bina yang diperkaya AI ini, Cloudera membolehkan perusahaan untuk:

  • Meningkatkan kecekapan melalui automasi operasi fabrik data seperti pembersihan dan pengelasan.
  • Mendemokrasikan akses dengan antara muka bahasa semula jadi untuk interaksi data yang intuitif.
  • Meningkatkan kepercayaan dan ketelusan melalui pengumpulan metadata pintar dan perkaitan data hujung ke hujung.

“Misi kami di Cloudera sentiasa untuk memperkasakan perusahaan agar data yang dipercayai tersedia bagi setiap inisiatif AI,” kata Leo Brunnick, Ketua Pegawai Produk, Cloudera. “Dengan keluaran ini, kami mengambil langkah besar ke hadapan, sekali gus membawa automasi, tadbir urus dan akses yang dikuasakan AI bersama-sama di bawah satu platform. Perusahaan kini boleh memanfaatkan semua data mereka dengan selamat di mana sahaja untuk mempercepat inovasi dan mendorong hasil perniagaan yang lebih baik.”

Berita ini diumumkan semasa acara EVOLVE25 Cloudera di Dubai. Ketahui lebih lanjut mengenai platform data dan AI Cloudera.

Perihal Cloudera
Cloudera ialah satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI kepada data mereka di mana sahaja ia berada. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan menggabungkan awan awam, pusat data di premis, serta persekitaran edge, sambil memanfaatkan asas sumber terbuka yang terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menggunakan AI dan mengawal sepenuhnya 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus meningkatkan keselamatan, tadbir urus serta cerapan dan ramalan masa nyata. Jenama terbesar dunia merentasi semua industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan dan akhirnya meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman serta menyelamatkan nyawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn serta X. Cloudera dan tanda berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan milik pemilik masing-masing.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions